Friday, August 26, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Sebanyak mana pun kata pujiku untukmu ya Allah
Tidak akan pernah cukup
Untuk membuatkan aku rasa cukup

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Kau lah sebaik-baik Perancang dan Pengatur
Dari mula aku dilahirkan sebagai ana kepada ibu bapaku
Sehingga kini bergelar sebagai seorang isteri kepada suami kurniaanMu
Kau lah sebaik-baik Pendidik 
Kau anugerahkan aku Umi dan Abah sebagai guru pertamaku
Kau tetapkan perjalanan hidupku 
Untukku dalami agamaMu
Untukku merasai manisnya hidup yang tuju hanya keranaMu
Untukku bersama rakan-rakan seperjuanganku
Untukku alami turun naik kehidupan
Supaya aku menjadi lebih matang

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Jangan tinggalkan kami
Pandulah kami sebagaimana telah kau pandu kami selama ini 
Bantulah kami untuk jadi insan yang bermanfaat kepada insan sejagat
Biarlah Islam itu menjadi panduan hidup kami
Biarlah Syurga itu menjadi destinasi impian
Ampunkanlah dosa-dosa kami
Kurniakanlah kami Redha dan RahmatMu
Hingga kau tarik nyawa setiap kami untuk kembali kepadaMu...

Wednesday, August 24, 2011

'women are complicated creatures' Nouman Ali Khan



Sooo true....
I have been listening to this talk for a few times before I'm married, but with no idea that I will be laughing while agreeing on every points Sh. Nouman is saying in this clip...
may Allah bless him...
and my husband and me,
and all of us...Ameen.
Alhamdulillah...

Thursday, August 18, 2011

JANJI CINTA



Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, Sebaik-baik Perancang, Maha pemurah lagi Maha mengasihani…
Alhamdulillah…Sudah lebih sebulan bergelar isteri kepada insan yg dahulunya asing bagiku, tetapi kini merupakan teman hidupku di dunia dan di akhirat nanti insyaAllah. Walaupun kini sudah mula ‘selesa’ dalam dunia perkahwinan, masih banyak ruang untuk peningkatan diri sebagai isteri, anak, ibu dan muslimah. 
 
Coretan ini khas buat saudara-saudara perempuanku di luar sana; rakan-rakan, adik-adik,kakak-kakak, jiran tetangga, kenalan, dan semua muslimah di luar sana.
Sama ada masih belum berpunya,sudah bertunang, punya pasangan, sendirian memendam rasa atau yang masih mencari sang jejaka idaman…yang masih marasai nikmat islam, Iman dan ukhwah Islamiah. Tiga nikmat yang amat manis dan tinggi nilainya.

Kekuatan seorg muslim/ah itu bergantung kepada kepercayannya dan keyakinannya terhadap ajaran Islam.  Islam agama shumul (sempurna), ajaran-ajaran daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw sudah sempurna utk memenuhi fitrah manusia, melahirkan ketenangan dan kegembiraan, membawa kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Firman Allah dalam surah Ar-Rum yang bermaksud;

 “Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa Maha Bijaksana” (8:63)
“Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada)…..” (48:4)

Maka, siapakah pemilik hati kita? Siapakah yang mampu menyatukan  hati sesama  manusia dan mengawal rasa dalam hati kita? Hanyalah Allah, tiada lain selain Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Di dalam ayat lain;
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir” (30;21)

Di dalam ayat di atas, telah jelas Allah menjanjikan rasa kasih atau cinta (Mawaddah) dan sayang (Rahmah) bagi pasangan suami isteri. Mawaddah merupakan rasa cinta pada tahap awal perkahwinan dan Rahmah pula susulan rasa kasih suami isteri itu pada tahap pertengahan hingga ke hari tua.

Kita telah mempelajari dan menghafal rukun Islam dan Iman sejak dari tadika dan sekolah rendah. Salah satu dari rukun Iman ialah beriman kepada kitabNya.  Jika kita menuntut kita adalah muslimah yang beriman dengan al-Quran seperti yang kita pelajari, maka kita dituntut untuk meyakini janji Allah dan mengiktiraf kuasa Allah untuk mendatangkan ketenangan dan kebahagian, serta melahirkan cinta dan kasih saying dalam jiwa kita.


Juga Janji Allah dalam surah an-Nur yang bermaksud;
“…sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, an lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka beroleh keampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” (24:26)

“Tapi aku ni bukanlah baik sgt nak dpt orang macam imam muda tu…”
Allah telah menyebut bahawa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya.Sekali lagi ini juga adalah janji Allah kpd kita. Jika berusaha utk menjadi baik, maka insyaAllah Allah akan memberikan insan yg terbaik utk kita.
Sama seperti kalau ibu bapa dan cikgu kita kata “Sekolah baik untuk budak-budak yang dapat result yang baik…” sudah semestinya kita akan ‘struggle’ untuk dapatkan keputusan yang baik, bukan?Kita tidak mahu mengalah dengan berkata;

“Aku ni biasa-biasa je, tak pandai pun…”
“aku sekolah biasa belakang rumah tu pun dah ok, asalkan sekolah…”

Apatah lagi perkahwinan? Adalah kita akan kata;
“aku kahwin dengan dia pun dah ok, lelaki biasa….okla kan? asalkan dapat kahwin…”

 Jangan mengalah hanya dgn alasan “aku tak cukup baik”. Buat persediaan dengan membaca buku-buku atau mendengar ‘talk’ berkenaan hal-hal rumahtangga, psikologi, dan macam-macam lagi. Biarlah orang kata kita “gatal nak kahwin” atau “dah tak sabar dah nk kahwin”. Yang utama ialah kita tahu kepentingan tindakan kita itu. Bagi yang sudah punya teman istimewa, jika kita meningkatkan diri, Allah akan mendorong teman kita untuk turut sama melakukan perubahan insyaAllah.  Perkahwinan bukan sekadar kehidupan dua insan malah untuk membina baitul muslim (rumah muslim) yg mempu membina para muslimin muslimat yg berkualiti pada generasi-generasi yang berikutnya, seterusnya meningkatkan kekuatan umat Islam.

Namun, yang paling penting ialah untuk mendalami Ilmu Islam supaya kita boleh memahami Islam yg sebenar-benarnya, untuk mengetahui apakah objektif kehidupan kita di dunia dan apakah tujuan sesebuah perkahwinan. Hanya dgn mendalami Islam, kehidupan kita akan menjadi bermakna, tujuan hidup kita akan menjadi lebih luas bukan sekadar berpusing pada keluarga, study,rakan-rakan, kerjaya dan keseronokan semata-mata.
Islam tidak menjanjikan kesenangan hidup dan kemewahan dunia tetapi menjanjikan kekuatan jiwa dan ketenangan hati  bagi mereka yang yakin dan berpegang teguh dgn tali Allah. Bukankah hakikatnya ketenangan jiwa itu yg diburu oleh ramai manusia pada zaman ini?

Maka yakinlah dgn janji Allah, ikutlah tuntutanNya, dan anggaplah kesusahan itu sebagai ujian yang pasti punya hikmah, sbg ujian untuk melihat samaada kita akan dikalahkan dgn ujian tersebut atau kita semakin kuat perpegang kepadaNya …


Akhir pesanan, kita sebagai wanita haruslah pandai tarik brek.
Hm….……brek? Macam mana agaknya tu?
Sebagai pandangan peribadi, walau baik mana seorang lelaki itu, kadangkala mereka boleh jatuh lemah dan terusik dengan lemah lembut dan manja wanita. Maka kita sebagai wanita harus pandai tarik brek bila tiba masanya. Sebagai contoh, jika berborak atau berbincang hal-hal study atau kerja dengan seorang atau para lelaki, kita harus pandai mengawal ‘tone’ suara, membaca suasana bila masa kita harus tegas dengan pendirian kita sebagai muslimah, dan menghentikan perbualan tersebut jika perlu. Jika kita terus melayan ‘suasana’, bimbang  masing-masing tidak sedar yang masing-masing terbuai dalam mainan syaitan. Jika kita mampu mengawal suasana, kita bukan sahaja menjaga diri kita, malah membantu mereka menjaga diri mereka juga, seterusnya masyarakat dan negara. Subhanallah…..Begitulah indahnya Islam!


Perkongsian rasa ini buat peringatan kita bersama…. Saya menulis tidak sekali-kali utk menghukum sesiapa kerana hanya Allah yang berhak menghukum hamba-hambaNya. Penulisan ini adalah kerana rasa kasih sayang kepada semua muslimah di luar sana agar dikurniakan yang insan yang terbaik sebagai teman hidup kita, jika bukan di dunia, di akhirat kelak insyaAllah.
Akhir kata, mohon maaf kalau tersalah bicara, semoga Allah mengurniakan yang terbaik untuk kita semua demi Islam yg tercinta…insyaAllah…!

Wallahua'lam~