Bismillah…
Tika di saat-saat kita lemah
Di saat-saat kita di bawah
Di saat-saat seolah-olah mahu sahaja putus asa dengan urusan dunia
Pada ketika itu seumpama diri yang tidak bisa berbicara terkurung dalam kamar yang gelap gelita
Hati menjerit-jerit meminta tolong
Tangan menggapai-gapai menjari jalan keluar
Kaki melangkah satu persatu, perlahan…tiada arah tuju
Mata mencari-cari sinar harapan
Lazimnya diri yang sebegini, mulut tidak mahu meminta takut nampak akan kelemahan, tetapi masih mengharap kepada insan-insan untuk menghulurkan bantuan
Dan seringkali diri yang sebegini lupa….
Mengharap pada manusia sering membawa kepada kecewa
Mengharap pada Allah jua membawa bahagia
Ya Allah, aku sering lupa, aku sering lalai, kadang-kadang tertanya sudah layakkah aku untuk menunaikan AmanahMu kepadaku…
Bantulah aku, Kuatkan hatiku, Tetapkan peganganku, Yakinkan aku dengan janji-janjiMu, dan Golongkanlah aku di antara hamba-hambaMu yang berTaqwa…
Kerana sesungguhnya ya Allah, hanya Engkau sahaja tempat aku meminta dan mengharap…